‘Harlem Shake’ fenomena terbaru dunia?

Tuesday, 19 February 2013







Demam ‘Gangnam Style’ nampak tidak berakhir disitu sahaja, jika sebelum ini tarian ala-ala menaik kuda ini menjadi fenomenan dunia, kini tiba pula giliran tarian yang semakin menjadi perhatian ramai iaitu tarian yang dipanggil ‘Harlem Shake’. Apa itu Harlem Shake? Jika dikaji sejarah terciptanya tarian Harlem Shake, ianya merupakan satu tarian yang culup popular pada tahun 80an di sebuah kawasan bernama Harlem di
New York dan sering digunakan dalam video muzik. Tarian ini nampak lebih mudah tidak seperti Gangnam Style yang sedikit rumit untuk dilakukan. Anda hanya perlu perlu menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan anda dengan pantas untuk melakukan Harlem Shake. Ianya dimulakan oleh seorang penari dan kemudian diikuti oleh penari-penari lainyang menari dengan gaya yang sama. Pada tahun 2011, pemuzik elektronik, Baauer telah menggunakan nama Harlem Shake sebagai tajuk lagu muzik ciptaannya dan dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 2013, lagu tersebut telah diguna pakai untuk tema video popular tarian Harlem Shake. Video viral tarian Harlem Shake pertama telah dimuat naik pada 30 Januari 2013 yang menunjukkan sekumpulan lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake. Selepas dari itu, pelbagai video tarian Harlem Shake dapat ditonton menerusi laman YouTube. Jadi mahu tahu lebih lanjut tentang tarian Harlem Shake? Jom tonton beberapa versi video tarian Harlem Shake yang menarik ini.





  






nihh tambahan video dari indonesia




No comments:

Post a Comment

 

Most Reading

Sidebar One

Followers